Translate

Monday, March 9, 2009

Awas Motosikal Peronda Polis






Unit Rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh diperkuat dengan penerimaan lapan unit Motosikal Polis Masyarakat jenis Yamaha 250 CC berharga RM23,700 setiap satu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, motosikal terbabit diserahkan kepada tiga Balai Polis iaitu Balai Polis Sungai Senam (BPSS), Balai Polis Pasir Puteh (BPPP) dan Balai Polis Kampung Rapat (BPKR).

Beliau berkata, empat unit motosikal berkenaan diserahkan kepada BPSS, manakala BPPP dan BPKR masing-masing menerima dua unit kenderaan terbabit.

“Pemilihan balai polis berkenaan dibuat berdasarkan ka wasan liputannya luas dan indeks kadar jenayah agak tinggi berbanding balai polis lain di bandar raya ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment