Translate

Wednesday, May 26, 2010

I like : April 2010

Seorang penduduk, Mardiatie Abdul Rahim, 34, menunjukkan beg plastik beg plastik oxo-biodegradable yang akan diedarkan secara percuma oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada warga bandar raya ini .

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd. Mahir Mohd Tahir (kanan) menyerahkan wang tunai RM900 iaitu bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Maulana Shife Khatib, 37, (dua dari kanan) sambil diperhati Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Ber cham, Tan Swee Kong (kiri) dan anak-anak Maulana di rumahnya di Taman Bercham, Ipoh.
Panglima Armada, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (kanan) dan Panglima Armada Tentera Laut Filipina, Laksamana Muda Geronimo R. Defensor (dua dari kanan) mendengar penerangan tentang simulasi sistem penyelaku peperangan daripada Komander Pusat Taktikal Maritim (Pustakmar), Kapten K. Sandrajan (tiga dari kanan) di Pangkalan TLDM, Lumut.

Antara kemudahan yang terdapat di Terminal Makanan Negara (Teman) Perak yang akan dibuka secara rasmi Julai depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Dr. Husni Hanadzlah (tiga dari kanan) memotong reben sambil diperhati Ketua Pegawai Eksekutif Ar-Rahnu Yayasan Pem bangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Abd. Malek Awang Kechil ( dua dari kiri) semasa perasmian cawangan baru Ar-Rahnu Yapiem di Medan Tasek, Ipoh.

No comments:

Post a Comment