.
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (DPPCP) dan Dewan Perhimpunan Cina Perak (DPCP) meneruskan tradisi menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina secara bersama pada tahun ini.
Majlis yang dihoskan oleh Yang Dipertua (YDP) DPPCP, Datuk Lim Kok Cheong dan YDP DPCP, Tan Sri Chong Chin Shoong dihadiri kira-kira 1,500 orang termasuk pemimpin kerajaan negeri Perak.
Antara yang hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Mohamad Nizar dalam ucapannya memberi jaminan kerajaan negeri Perak sentiasa memberi komitmen tidak berbelah bagi kepada golongan peniaga di negeri ini.
Antara langkah yang akan diambil kerajaan pimpinannya ialah membuka semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh selewat-lewatnya Jun ini.
Kok Cheong pula mencadangkan kerajaan negeri Perak meluaskan pemberian hak milik kekal tanah bukan sahaja kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun tetapi juga tanah berstatus pertanian dan perindustrian di negeri ini.
Translate
Tuesday, January 27, 2009
Monday, January 26, 2009
Kegembiraan DAP
BUAT pertama kalinya, DAP Perak menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina (TBC) sebagai parti memerintah setelah meraih kuasa sejak 8 Mac tahun lalu.
Majlis rumah terbuka yang diadakan di perkarangan Wisma DAP di Medan Istana, Ipoh dihadiri kira-kira 550 penduduk.
Turut hadir dalam majlis yang dihoskan Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham selaku Pengerusi DAP Perak ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketika berucap, Mohamad Nizar dan Kit Siang banyak menyentuh kegembiraan Pakatan Rakyat (PR) menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim sebagai anggota mereka yang baru setelah melompat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada UMNO semalam.
Mohamad Nizar memberitahu sekurang-kurang tiga ADUN Perak dari UMNO dijangka menyertai PR dalam masa terdekat dan menyifatkan peristiwa kemasukan Nasaruddin umpama bagaikan 'durian buruk' yang gugur pada permulaan musim durian.
"Macam orang Melayu kata, kalau musim durian luruh, durian buruk gugur dulu kemudianlah durian cantik banyak gugur.
"Macam tu lah dengan keadaan ketika ini, saya percaya ramai lagi daripada UMNO akan sertai PR. Saya alu-alukan penyertaan mereka," katanya.
Setiakawan Ong Ka Chuan
SEPERTI kelaziman, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan akan mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Taman Gunung View, Gunung Rapat, Ipoh setiap kali Tahun Baru Cina (TBC) menjelma.
Kali ini dianggarkan lebih 10,000 penduduk menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali.
Ka Chuan berkata, beliau mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Ipoh demi memperingati jasa rakan-rakan dan penduduk Perak yang tetap memberi sokongan ketika beliau tidak menjadi wakil rakyat ekoran tewas dalam pilihan raya umum ke-11 pada 2004.
"Tambah terharu Datuk Seri Tajol yang ketika itu Menteri Besar Perak tetap melayani saya dengan baik.
"Sekarang saya telah menjadi Menteri namun kita tahu sejak 8 Mac lalu, BN kehilangan kerajaan di Perak. Atas semangat setiakawan, rumah terbuka kali ini saya tetap anjurkan demi budi baik rakyat Perak dan Datuk Seri Tajol selama ini," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)