Translate

Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Aidiladha 1431





Tuesday, September 21, 2010

Lensa Aidilfitri 2





Monday, September 20, 2010

Lensa Aidilfitri 1431





Saturday, July 3, 2010

I like : Jun 2010

Seorang bayi, Putera Adib Mohd. Hisham, 1, sedang menikmati salah satu daripada sembilan menu istimewa yang disajikan Hotel Heritage sempena tayangan percuma perlawanan bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010 di Hotel Heritage, Ipoh.

Virgo Batik Resort yang merupakan resort terbaru di Teluk Batik, Lumut.

Ketua Biro Nanyang Siang Pau Perak, Cheah Kok Wai (kanan) menyerahkan sebahagian daripada 36 kad pengenalan yang dijumpai orang awam kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, Alias Mamat (dua dari kiri) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bandar Meru Raya, Ipoh

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias (tiga dari kanan) memeriksa beberapa peralatan seperti komputer, mesin pencetak dan mesin faksimili yang dirampas dalam empat serbuan yang menumpaskan sindiket bookie judi bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010 di sekitar bandar raya ini

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak, Mokhtar Sulaiman sedang memeriksa bekalan gula di salah sebuah kedai runcit di Tanjung Rambutan, Ipoh.

Thursday, June 24, 2010

Tumpasnya bookie World Cup





Wednesday, June 23, 2010

I like : Mei 2010

Subkhiddin Mohd Salleh, 44, (tiga dari kiri, duduk) bersama barisan pengadil lain dari Perak diraikan pada majlis khas sempena keberangkatan beliau ke Afrika Selatan untuk mengadili Piala Dunia.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 (DM 3), Kepten Maritim Ang Cheng Hwa (kiri) dan Leftenan Komander Mohd Zaki Zakaria menunjukkan dulang yang dipenuhi bijih timah di atas kapal korek ’Golden Pacific 8’ yang ditahan di perairan Segari, dekat Lumut.

Sebahagian daripada 20 GRO warga Vietnam dan China yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke di Sitiawan, Perak.

Noorlaila Azalli, 48, (kanan) meluahkan kekecewaan tentang masalah kecurian yang berleluasa kepada Pengerusi Pusat Khidmat dan Aduan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin (kiri) di Pasar Besar Ipoh.

Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeikh Abdul Ghani menuju masuk ke dalam surau untuk melakukan program keagamaan dan kerohanian bagi mengekang kejadian histeria yang menyerang sekolah itu sejak dua bulan lalu di Bidor, Perak.

Saturday, June 19, 2010

Perahu layar Sukma XIII Melaka 2010





Wednesday, May 26, 2010

I like : April 2010

Seorang penduduk, Mardiatie Abdul Rahim, 34, menunjukkan beg plastik beg plastik oxo-biodegradable yang akan diedarkan secara percuma oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada warga bandar raya ini .

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd. Mahir Mohd Tahir (kanan) menyerahkan wang tunai RM900 iaitu bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Maulana Shife Khatib, 37, (dua dari kanan) sambil diperhati Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Ber cham, Tan Swee Kong (kiri) dan anak-anak Maulana di rumahnya di Taman Bercham, Ipoh.
Panglima Armada, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (kanan) dan Panglima Armada Tentera Laut Filipina, Laksamana Muda Geronimo R. Defensor (dua dari kanan) mendengar penerangan tentang simulasi sistem penyelaku peperangan daripada Komander Pusat Taktikal Maritim (Pustakmar), Kapten K. Sandrajan (tiga dari kanan) di Pangkalan TLDM, Lumut.

Antara kemudahan yang terdapat di Terminal Makanan Negara (Teman) Perak yang akan dibuka secara rasmi Julai depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Dr. Husni Hanadzlah (tiga dari kanan) memotong reben sambil diperhati Ketua Pegawai Eksekutif Ar-Rahnu Yayasan Pem bangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Abd. Malek Awang Kechil ( dua dari kiri) semasa perasmian cawangan baru Ar-Rahnu Yapiem di Medan Tasek, Ipoh.

Thursday, April 22, 2010

I like : Mac 2010

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Warisan Negara, Nasir Baba menunjukkan hasil teknik kikisan yang menjadi asas untuk mengetahui bahan binaan dan warna asal bangunan warisan di Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas

Pemandangan menarik Gunung Lang yang diapit bongkah bukit kiri dan kanan

Saafilah Abd. Rahman, 21, (kiri), Nurul Salina Sani, 22, (tengah) dan Nurul Adira Abdul Rahman, 23, girang menatap plak dan sijil masing-masing setelah dinobatkan Anugerah Pelajar Terbaik Jabatan pada Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) keenam.

Beberapa pengunjung baru selesai menggunakan perkhidmatan bot ke Gunung Lang, Ipoh

Pengunjung FRHS Sungai Klah bermandi-manda di kolam air bersuhu biasa yang mengalir dari pergunungan berhampiran.

Wednesday, March 24, 2010

I like : Februari 2010

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sedang memberi ceramah motivasi selaku Ikon Membaca kepada kira-kira 1,000 pelajar sempena perasmian Karnival Pusat Sumber Informasi (IRC) 1Malaysia di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar.

Sebahagian daripada penduduk yang berarak sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Bahagia, Teluk Intan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Rosnah Kassim (kiri) mengedarkan akhbar Kosmo! secara percuma kepada sebahagian pelajar Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada sambutan Hari Alam Sekitar peringkat daerah Kinta di Padang Tanjung Rambutan.

Pengusaha serbuk kopi 'Mat Kopi', Mohamad Ramli , 38, bersama karavan Mat Kopi di Pasar Tani Kuala Kangsar.

Set hidangan Tahun Baru Cina Hotel Heritage Ipoh turut mengandungi Yee Sang Ikan Salmon yang merupakan antara sajian wajib sambutan berkenaan.